Sejarah Negara Beruas (Perak)
Makam Raja-raja Beruas
~Srikandi
The Possessor of Black Mengkong
Lebih kurang 300 tahun sebelum kedatangan Sultan Muzaffar Syah I ke Perak,di sana ada raja-raja yang memerintah sekitar jajahan Beruas dan Manjung.
Ini kerajaan besar,siap dengan konsep 'city-state' dan sistem raja-raja.
Apabila sultan tiba di Perak,di Kampung Kota,Beruas telah bersemadi batu-batu nisan pemerintah-pemerintah Beruas dengan gaya ukiran yang tidak biasa.
Ia memiliki ukiran khas yang dilabel sebagai 'Batu Nisan Aceh'.Saya tidak selesa dengan term 'Aceh' sebab rekabentuk batu nisan ini sebenarnya adalah milik Pasai.
Sebenarnya,di sana ada hubungan antara Pasai dan Beruas.Raja-raja Beruas berkerabat dengan raja-raja Pasai.
Kerajaan Pasai adalah kerajaan Melayu tulen dengan memakai bahasa Melayu klasik yang menyumbangkan kepada lingua franca perdagangan lebih 500 tahun kemudian.Walaupun ia berlokasi di utara Sumatera,tepatnya di Aceh kini tetapi 'ruling class'-nya ialah raja-raja Melayu.Tidak seperti Kesultanan Aceh yang memakai bahasa Aceh walaupun masih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa diplomatik,perdagangan dan persuratan.
Ingat,Hikayat Raja-raja Pasai memakai Bahasa Melayu klasik.
Untuk ini,saya menggunakan Prasasti Minye Tujuh sebagai petunjuk dan 'bibliografi' yang amat berguna.Sebab apa?
Sebabnya saya nak 'relate' ia kepada Kedah dan Pasai itu.
Kedah,sebab di sana ada perkataan 'Bharubasa'.Ini adalah nama seorang raja di Segenting Kra.
Pasai,sebab batu nisan raja-raja Beruas memakai gaya yang sama dengan batu nisan Sultan Malikul Salih.
Ini dikuatkan dengan ayat:
"..empunya hak Kedah dan Pasai.."
'Batu Nisan Aceh' ini sebenarnya berasal dari Patani dengan raja dan ratu Patani memakai gaya yang sama ke atas pusara mereka.
Bharubasa>Kedah>Patani....
Ini membawa saya jauh ke dalam hutan belatara di Koh Ker,kerana Patani ini adalah kesinambungan dari Ligor dan Langkasuka.Ligor pula adalah negeri kardinal bagi Angkor.
Saya terus mengkaji dari Indravarman I hingga Yasovarman I dan juga raja ini,Isanavarman II yang dikatakan keturunan dari kerabat Sailendra.
Kemudian saya 'study' pula tentang kehidupan Jayavarman IV dan Suryavarman I,sebab kedua-dua mereka memiliki dan membangunkan satu gaya khas dalam senibina mereka.Dan gaya ini tidak diteruskan oleh pemerintah Khmer seterusnya.
Kenapa anak raja Ligor itu memakai gaya yang dirintis oleh Jayavarman IV yang bukan garis keturunan raja sebelumnya?
Saya sedar keanehan ini sejak membaca jurnal tentang senibina 'Batu Nisan Aceh' itu adalah peralihan senibina era Buddha kepada kesenian Islam.Kerajaan Pasai adalah kerajaan Islam terawal sejak merosotnya hegemoni Srivijaya.
Semua ini...petunjuk-petunjuk itu...berputar-putar bagaikan 'puzzle' yang memeningkan.
GAYA TERSEBUT BERASAL DARI MENGKONG LIGOR ITU.
Benda ni akan difahami jika anda melihat kepada salasilah raja-raja Beruas,Kedah dan Pasai dan mengapa pengukir batu bersurat Minye Tujuh itu meninggalkan beberapa 'clue' untuk kita.Batu bersurat itu bukanlah untuk lelaki,sepertimana makam Tok Soh dan ratu-ratu Patani.
Siapa yang faham akan tahu.
Kepada yang terlepas membaca tentang Seri Baniyan Selendang Delima,
Saya akan siapkan minijurnal tentang semua misteri ini dalam kempen "The Possessor of Black Mengkong" sebagai mukadimah Alter Terahsia Bangsa Melayu volume 5.0 "The Secret Key to Mount Ophir" di MistisFiles.
Jadi setakat ini tajuk-tajuknya ialah:
1) The Black Mengkong
2) Panca Persada: Rahsia Bakong dan Borobudur
3) The Tomb of Beruas Kings: The Secret of Prasat Kraham & Preah Vihear
2) Panca Persada: Rahsia Bakong dan Borobudur
3) The Tomb of Beruas Kings: The Secret of Prasat Kraham & Preah Vihear
Kepada yang belum akses ke MistisFiles,klik sini>>http://mistisfiles.historiansecret.com/?page_id=22
~Srikandi
The Possessor of Black Mengkong
Comments
Post a Comment