Assalammualaikum & salam isra' & mikraj...Sedikit perkongsian buat kita bersama...dari pandangan beberapa ulama:-
Isra' & Mikraj adalah perjalanan menguji keimanan dalam makrifatullah dan makrifatul rasul.
Ianya adalah perjalanan Rasullullah menembusi alam2 ciptaan Allah dari pelbagai dimensi alam iaitu dari alam dunia,alam malakut,alam jabarut dan juga dimensi yang ada langitnya sendiri.
Ia bukanlah seperti lapisan langit dunia yang berjisim ini seperti yang ramai fahami,tetapi langit yang dinisbahkan pada tingkatan setiap alam atau lapisan perbezaan frekuensi cahaya setiap ala.
Ianya adalah perjalanan spiritual dari alam jasmaninya,tubuh jasmaninya telah menjadi cahaya.
Justeru itu Rasullullah mampu tembus dari wilayah langit dunia hingga tembus pada wilayah langit alam rohani, hingga ke sidratul muntaha yang berada pada tingkatan dimensi alam cahaya yang tertinggi.
Hakikatnya Rasullullah s.a.w mikraj dari alam cahaya yang paling rendah yakni (dunia) kepada lapisan2 (langit) alam cahaya hingga kepada langit yang tertinggi,dimana cahayanya sudah tiada boleh diukur dengan kelajuan masa lagi.
Ianya adalah wilayah yang dicipta daripada "Nur Jamalnya".Maka Jibril a.s berkata ketika itu " Ya Muhammad, jika aku naik ke tingkatan langit ini nescaya aku akan terbakar" tubuh Jibril a.s dicipta dari cahaya Jabarut dan tidak dapat masuk ke dalam cahaya Lahut.
Buraq juga diciptakan dari cahaya alam Jabarut .Jika tubuh Rasullullah s.a.w tidak bertukar menjadi cahaya, mana mungkin tubuh unsur jisim dan Tanah dapat mengikuti kelajuan cahaya yang begitu laju.Tubuh dan rohani Rasullullah s.a.w dicipta dari cahaya yang tinggi, ada para ulama mengatakan ketika bona Rasullullah mengandungkan Baginda tiadalah buncit perutnya kerana yang dikandung olehnya adalah cahaya.
Tubuh Rasullullah s.a.w tiada berbayang karana dirinya adalah cahaya.Tubuh Baginda tiada terbakar walaupun masuk dalam dimensi cahaya yang paling tinggi.Di langit Lahut (langit ke 7dalam lapisan alam cahaya ciptaan Allah)Rasullullah s.a.w bertemu dengan Allah yang selayak baginya.Disitulah Rasullullah s.a.w menerima solat 5 waktu yang wajib bagi ummatnya, sebagai tanda pengabdian yang benar kepada Allah.
Allah mahu menceritakan akan kebesarannya dan hakikat disebalik kehidupan alam kasar ini, supaya ummat manusia fahami bahawa disebalik alam kasar ini ada berlapis lagi alam ghaib yang hingga ke syurga dan neraka tempatnya perhentian hidup..
WALLAHHUAKLAM....
Comments
Post a Comment