sejarah ku (bahagian 1)
Assalammualaikum sebagai pemula bicara ku kenalkan diriku dengan panggilan Remy..semasa kecil keluarga ku memanggil nama ku dengan nama panggilan mesra "BOY" memandangkan aku cucu sulong lelaki dalam keluarga sebelah ibuku...Keluarga besar Hj Abdul Hamid Dan Che Su yang membesarkan aku di Kg. Dato Keramat Kuala Lumpur.Aku dilahirkan pada bulan Ogos 1977 di HKL.Aku dilahirkan sebagai anak tunggal di dalam perkahwinan ibu ku dan bapaku memandangkan jodoh mereka tidak kekal disebabkan bapaku sudah mempunyai isteri lain sebelum menikahi ibuku.Bapaku seorang perajurit tentera yang sudah mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.Jadi akibat perpisahan tersebut aku dibesarkan oleh keluarga besar ibuku dan diberi tanggung jawap mengasuh dan mendidikku oleh arwah nenek dan datuk ku.Manakala ibu ku sibuk mencari rezeki demi membesarkan aku disamping mencukupkan keperluan asas ku.
Aku dijaga dengan penuh kasih sayang oleh arwah nenek ku memandangkan aku adalah cucu lelakinya yang sulung dalam keluarganya dan aku juga sangat rapat dengan adik beradik ibuku.Sayang dan kasihku ku lebih kepada arwah nenekku memandangkan dia yang menjaga ku sedari kecil.(macam kuatnya ikatan seperti ibu dan anak) cuma aku tak panggilnya dengan nama mak tetapi dengan nama nenek.Tetapi saying dan kasihku tak kurang seperti kasih dan cintanya seorang anak kepada maknya.
Aku mulakan dengan cerita sebelah nenekku dulu..
Mengikut kata arwah nenekku mereka berpindah dari P.Pangkor Perak dan menetap di Kg.Dato Keramat pada era 70an dan membawa kesemua anak2nya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang pendapatan yang lebih baik.Mengikut kata arwah nenekku keturunannya di sebelah ibunya berasal dari Acheh Darussalam dan merupakan kerabat atau dari keturunan kesultanan Acheh Darus salam, Atoknya melarikan ke dua orang anak perempuannya yang bernama Raja Bonah Dan Raja Sabariah(ibu kepada nenekku) ke Tanah melayu disebabkan peperangan di antara Acheh dan Belanda pada waktu itu mungkin dalam era tahun 1900an.
Malangnya aku tak dapat mencari nama asal moyang lelaki ku itu dengan isterinya memandangkan arwah buyutku itu menyelamatkan diri bersama 2 orang puterinya sahaja dan tidak bersama isterinya(boleh jadi isterinya sudah meninggal dunia).Dari penceritaan arwah nenek ku itu atoknya, ibu saudaranya menetap dan bermastatutin di daerah Juru Pulau Pinang .Ibunya Raja Sabariah bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang bernama Ibrahim Bin Saleh, katanya dari keturunan bangsawan dari Terengganu yang menetap di Pulau Pinang selepas meninggalkan atau menjual kesemua hartanya di sana dan membawa diri ke Pulau Pinang.Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 3 orang anak yang sulung bernama Ramli, kedua Ummi Kalthom Dan ke3 Che Su(nenekku).
Selepas beberapa tahun kelahiran nenek ku mereka berhijrah ke Perak iaitu di Kg. Layang kanan, Parit Perak.Tinggallah mereka sehingga nenekku dewasa dan bertemu jodoh dengan datukku di perak atas pilihan keluarga masing2.Perkahwinan tersebut ketika usia arwah nenekku berusia 12 tahun dan arwah atokku dalam berusia 18-20 tahun. Hasil dari perkongsian hidup tersebut mereka berdua dikurniakan 11 orang ank iaitu 7 lelaki dan 4 perempuan (2 orang ank lelaki meninggal dunia semasa kecil) tinggal 9 orang anak sahaja 5 lelaki dan 4 perempuan.
Beralih kepada salasilah Arwah Atokku pula, beliau merupakan anak bongsu dari 5 orang adik beradik dan yang sulong perempuan dan 4 lelaki.Mengikut cerita dari arwah nenekku bapa mentuanya bernama Othman Bin Ahmad bin Maarof merupakan berasal dari keturunan Riau bercampur arab yang ayahnya itu merupakan salah seorang dari golongan pendakwah di Riau.Arwah mentuanya Othman dan dibesarkan di Terengganu kemudian berhijrah ke Perak dan berumahtangga dengan Teh Arbakyah di setiawan Perak.Berkenaan moyang perempuan yang bernama the arbakyah tak banyak info yang aku tau disebabkan aku jarang bertanyakan pada arwah nenekku.tapi apa yang aku perolehi beliau dari keluarga yang baik2 juga.Wajah adik beradik lelaki arwah atok ku lebih mirip kepada orang arab berkulit merah dan yang perempuan berkulit putih dan cerah.
Sedikit perkongsian pengalaman hidupku bersama arwah nenek dan atokku semasa kecil hingga dewasa aku ni suka temankan arwah nenek ku bersembang dan juga suka mendengar cerita2 lama lagenda atau mitos dahulu kala dan sebagai peneman setia menonton filem melayu lama (hitam putih) klasik.Arwah nenek ku ni agak garang dan juga straight orangnya tetapi seorang ibu yang sangat saying pada anak2nya.dia juga ada menceritakan bahawa anaknya, iaitu salah seorang pak cik aku ada kembarnya seekor haiwan (katak pisang) apabila waktu nenek ku nak melahirkannya dikatakan ada seekor katak pisang muncul bersama pada ketika itu.Bukan itu sahaja arwah kakaknya Ummi Khalthom @ opah we juga mempunyai seorang anak yang mempunyai kembaran seperti itu seekor katak puru.Dikatakan apabila katak puru tersebut ditutup dengan tempurung anaknya akan kelemasan atau sesak nafas secara tiba2 dan akibat dari perbuatan kanak2 atau rakan2 anaknya itu apabila ditutup terus tempurung yang ada katak itu sehingga katak tersebut mati dan anaknya juga meninggal dunia.Nenek juga ada memberitahu bahawa ada dari keturunannya yang mempunyai anak kembaran naga ada pernah ku dengar cerita lagenda atau mitos rakyat . wallahuklam(sesungguhnya ajal dan maut itu ketentuan Allah).
Manakala pengalaman bersama arwah atokku Hj Abd Hamid pula, beliau merupakan salah seorang Naib Khadi W.P pada waktu itu era 80-90an dan juga merupakan salah seorang imam di Masjid Al Aqram di Kg.Dato Keramat K.L.Orangnya seorang yang tidak banyak bercakap,lembut dengan tutur kata, penyabar, dan arif dalam pengetahuan agama islam.Arwah atok sangat disegani oleh rakan dan taulan boleh dikatan seluruh penduduk serata Kg.Dato Keramat mengenali beliau.semasa kecil aku rajin mengikut arwah atok menemannya ke surau dan masjid kemudian selepas selesai solat kami terus ke pasar keramat selepas solat subuh dan break fast di warong sana sambil menonton gusti.Menu pagi kegemarannya telur 3/4 masak dan kopi o panas,manakala menu kegemaranku telur ayam 3/4 masak dan air teo o panas.Selepas itu aku akan menemaninya ke surau untuk dia mengajar menggaji muqaddam dan quran,selalunya aku pon kna menggaji sama dan atok ku agak tegas dalam mengaajar ngaji,rotan akan sentiasa ada bersamanya..kebiasaan aku akan menjadi orang yang terakhir kadang2 aku berbetah dengan anak muridnya yang lain mana taknya aku datang awal tapi kena turn yang terakhir.
Ada satu ketika aku ada berbalah dengan salah seorang anak muridnya dan aku merajuk dan tak mau lagi menggaji dengannya aku katakan yang dia pilih kasih..(hehe masa kecik tak lagi faham apa sangat) dan aku mulasambung penggajian quran dengan anak didiknya merupakan salah seorang qari handal WP pada waktu tu(Ahmad Zahawir Bin Yahuza) yang tinggal tak jauh dari rumah kami keluarganya amat rapat dengan kami.....
bersambung di bahagian 2

Comments
Post a Comment